Nota Hati 4

manusia bila tak kenal mana satu dosa mana satu pahala,
semua dia lenjan.

kalau hudud dijalankan,
pasti ramai yang tak bertangan.

tak apa.
hukuman kat dunia ramai yang terlepas,
tak apa,
biar Allah yang balas.

semoga aku ambik ibrah semua ni berlaku,
lepas satu, lain pula yang datang.
ALLAH nak bagi yang lebih baik.

tak apa,
makin banyak Allah uji,
maknanya Allah pandang.

12 June 2015,
dalam kenangan.

wahai hati, redhalah.

Nota Hati 3

Kisah hidup Nabi Muhammad SAW sangat ohsem!
andai aku hidup masa zaman Nabi, MashaAllah nikmatnye,
sedangkan baca sirah Nabi pun dah terasa nikmat, apatah lagi bersua muka dengan Nabi :)
mengalir ayaq mata dengar kisah Nabi drpd Ust Abdullah Khairi. (utube)

Abu Bakar As-Siddiq sayang Nabi sampai satu ketika Nabi wafat,
Abu  Bakar tanya Aishah apa yang Nabi buat yang Abu Bakar tak buat?
MashaAllah. 
reflect kat diri?
sayang Nabi yg betul2 sayang atau sekadar di bibir? apply tak sunnah Nabi? :(
tembak diri sendiri...

nak syafaat Nabi, kena banyak selawat..
tanda kasih dan chenta kat baginda..


اللهم صل على سيد نا محمد وعلى اله و صحبه وسلم

Wahai Allah, limpahkan Rahmat ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW
dan ke atas keluarga dan para sahabat baginda. 







Nota Hati 2


kadang terpikir macam mana ek tiba2 bencana alam berlaku.
takpun apa2 saja la yang memudaratkan sehingga membawa kepada kematian.
kita tak tahu ajal kita bila.

dan...
sebenarnya masa tu tak ready pape pun. z e r o!
tapi Allah tarik nyawa.

macam mana ea?
ke syurgakah aku? atau ?
Allahu...

malu dengan diri sendiri. malu dengan Allah.
nama je Muslim, tapi cara hidup jauh daripada cara hidup seorang Muslim.
malu weh.
Allah bagi macam2 kat aku dah.
tapi...
ni yang aku balas?
Allahu Rabbi :(

"Panasnya api manusia yang kalian nyalakan adalah satu berbanding 70 panasnya api jahannam"
Para sahabat bertanya "Demi Allah, apakah itu cukup wahai Rasullallah SAW?" Nabi menjawab :"(belum), sesungguhnya panasnya sebahagian yang satu melebihi sebahagian yang lain sebanyak 69x ganda."
[HR. Bukhari dan Muslim]

Allahu, api gas kat dapur yang buat masak tu pun kalau terkena tangan, aku tak tahan. inikan pula api neraka...

wahai Allah.. sesungguhnya kami tak layak untuk ke syurgaMu namun tak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu.

Nota Hati 1

Final exam dekat dah.
Banyak chapters nak kena cover ni. sempat ke idok?
Stress ah. Down. Give up.
Hati tak tenang duk pikiaq pasai ni ja.

Mungkin "encik iman" aku tak berapa sihat kot.
Barang kali demam dek cuaca kat penang ni yang tak menentu.

Ni ubat untuk "encik iman"..

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram "
(Ar-Ra'd : 28)

:)
Back to HIM.
kekuatan tak kan datang kalau aku tak cari.
"Eh, aku nak makan donut la der"
Lepas tu donut pun datang tergolek-golek kat hang. haha. mimpi je. ingat ni kartun ka?

Bukak kalam c h e n t a. baca dan tadabbur. yewpp memang payah nak faham arab kalau tak baca terjemahan rite?
baca without tadabbur = ok
baca with tadabbur = ohsem
Pasti akan ada kuasa veto yang datang tetiba.
dan tetiba jadi kuat. tenang. Biidznillah...

Bukak utube. dengar nasyid. dengar ceramah ust fawwaz ke. ustz abdullah khairi ke, merciful servant ke. takpun dengar lagu Kun Anta. gittew. hihi

Jaga solat 5 waktu. tambah solat/amalan sunat. top up balik amalan2.
mintak nasihat kawan2/sahabat. takpun bagi nasihat kat depa :)
even diri jauh lagi untuk menjadi true Muslimah, tak salah nak share perkara baik.
(manusia diciptakn to be a caliph)
dan.....

D O A.
senjata paling power! kalah shortgun, rifle. (dulu main counter strike, so tau la sikit2 gun)
mintak kekuatan kat Dia.
mintak moga hati sentiasa ingat kat Dia. moga hati ni tetap dalam agamaNya. bcoz characteristic hati ni berbolak-balik.
bila hati dah terpaut kat Dia, takda istilah hati xtenang dah kan. InshaaAllah.
siapa lagi nak bantu dan yang selalu ada kalau bukan A L L A H.

Allah Maha Mendengar.
Dia tahu setiap sesuatu dalam qalbi manusia.

"Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya"
(Al-Baqarah: 286)

Trust Him! Dia bagi "sesuatu" sebab kita mampu untuk solve something tu.

Moga "encik iman" cepat sembuh makan ubat ni. dan makin sihat.
kurengkan LAGHA tu!

Belaja jangan sampai lupa Dia.
Ilmu tu milik Dia.
Tajdid niat leklok.
just for HIM :)
dapat pahala (!)